Pengenalan

Assalamualaikum Wbt. dan Salam Sejahtera.

Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada SKWM yang memberi ruang untuk merakamkan sepatah kata aluan dan renungan bersama.

Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati kini telah menjangkau keremajaan usianya dan sekaligus berkembang pesat dalam urus pendidikan kini.

Pada tahun ini, Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati telah menggabungkan medium perhubungan di antara ibu bapa dan guru-guru SKWM dengan media komputer selain dari media cetak yang di edarkan melalui para pelajar. Semoga dengan adanya portal PIBG , kedua-dua pihak dapat menggunakan sepenuhnya platform yang ada ini agar dapat menggabungkan percambahan ilmu di antara para guru dan ibu bapa bagi meningkatkan kecemerlangan Akademik dan juga Kokurikulum sekolah ini.

Akhirnya saya, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargan kepada semua pihak yng telah menyumbangkan pelbagai bentuk sumbangan demi mempertingkatkan kemajuan dan pencapaian sekolah ini. Seterusnya saya menyeru kepada semua guru supaya terus komited terhadap tugas dan marilah kita terus mengamalkan amalan bekerja dalam satu pasukan dan kesetiaan terhadap institusi. Para ibu bapa dan pelajar pula diharap terus mengekalkan keyakinan dan kesedaran yang tinggi terhadap peri pentingkan pendidikan dan ilmu.

Semoga sumbangan dan pengorbanan kita semua akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Insya Allah.

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati